Merawat Migrain dengan Ostematrix dan B Complex

noratini jaminon | 11/25/2013 07:47:00 pm | 0 Komen
Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Pesakit migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.

Sebab-sebab gaya hidup mungkin punca utama migrain
§         Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh            menyebabkan migrain
§         Pemakanan yang tidak seimbang 
§         Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)
§         Bunyi dan bau kuat.
§         Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.
§         Tekanan emosi atau stress
§         Merokok  
§         Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)
§         Ketidakseimbangan hormon ketika dating haid (bagi wanita).

Namun begitu, punca sebenar penyakit ini masih belum dipastikan sehingga kini.
Pakar kesihatan percaya yang migrain adalah berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut.

Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Penemuan terbaru juga mengatakan ia mungkin disebabkan genetik.  

Bila migrain datang, pesakit akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit yang agak teruk, dos dadah yang lebih tinggi diberikan agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

Oleh itu, adalah lebih baik pesakit memilih cara alternatif untuk mengatasi masalah migrainnya. Pengambilan supplemen natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa pengambilan supplemen lebih baik daripada ubat? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan (vitamin semulajadi) dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi seimbang. Pengambilan ubat (dadah) yang berlebihan akan lebih memudaratkan kesihatan badan.

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.  

Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium.  Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.


B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi dan strok.

Bagi pesakit migrain, adalah dinasihatkan supaya cuba mengenali sebab-sebab migrain menyerang pada masa tertentu. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.

Sila mempertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan. 


Anda boleh juga hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee. Harga sayang2 saya boleh bagi :)



Noratini Jaminon

SID 928022

SMS/WHATSAPP : 0108227403

FB PAGE: Nini Biz Shop

 Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya akan bertanggungjawab utk memberi servis dan bimbingan yg terbaik untuk anda. Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dan mendapatkan khidmat nasihat selepas pembelian? sila hubungi saya di nombor 0108227403.  Jika anda berminat utk menjadi pengedar sah Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk pemprosesan pendaftaran ahli dibawah saya. Atau sekiranya anda berada berhampiran mana2 cawangan Shaklee, anda boleh gunakan ID saya [928022] untuk membeli produk Shaklee atau daftar ahli secara walk in, dan anda akan diberikan bimbingan dari saya.

No comments:

Post a Comment

Labels

Niniyamino.com © . Designed by MaisarahSidi.com