25 Kebaikan Vitamin C Yang Perlu Anda Tahu

noratini jaminon | 10/21/2018 05:30:00 am | 0 Komen
Vitamin C antara suplemen yang wajib kita ambil setiap hari tanpa gagal. Sebab badan kita tak menghasilkan Vitamin C. 


Badan kita memerlukan banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana ia penting untuk tumbesaran dan untuk baiki sel.


Berikut adalah 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

1. Imunisasi 
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus serta jangkitan.


Selain itu, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh bantu mempercepatkan penyembuhan luka, melindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa
Mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam, mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

 3. Anti-oksida
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat serta berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau “sel karat” yang boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko menghidap tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini dapat menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum. 
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang tinggi dengan Vitamin C dapat mengurangkan berat badan

Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.

8. Tekanan
Vitamin C membantu mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, punca kepada penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida yang ada pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi dan mengelak sel barah tertentu terbentuk.

Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan agar dapat melawan sel barah.

11. Tenaga
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf dan membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung
Vitamin C menghalang menghidap sakit jantung dengan menghalang radikal bebas dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolesterol boleh menyebabkan serangan jantung.

Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

13. Diabetes
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi dapat mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.



15. Perlindungan dari matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sunburn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit.

16. Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menjadikan kulit menjadi gebu serta warna tona pada muka.


Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam serta tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan juga tanda penuaan.


17. Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak lalu menyembuhkan luka dengan cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit juga mempercepatkan pembentukan tisu bagi penyembuhan yang cepat.

18. Melindungi dari perubahan warna kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).

Vitamin C mencerahkan kulit berpunca dari masalah jeragat serta tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit menjadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit lebih gebu.

20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang (tanda tidak sihat pada rambut).


Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.

Ia mengatasi masalah kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur serta menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon.

23. Rambut yang lebat
Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah (penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat)

24. Melawan Masalah Rambut
Vitamin C adalah nutrien penting merawat rambut rosak dan menangani masalah rambut. Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

25. Mengelak dari Uban
Vitamin C bukan sahaja mengatasi rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.





Banyaknya manfaat yang kita boleh dapat dari Vitamin C ini… Rugilah jika anda tidak mahu mengamalkan Vitamin C demi kesihatan dan kesejahteraan diri anda kerana ianya sangat2 murah… 🙂


Untuk pembelian dan pertanyaan lanjut mengenai VITAMIN C anda boleh hubungi Nini di nombor telefon bawah ini :
Noratini Jaminon 010-8227403 
Untuk lebih cepat, boleh click terus link whatsapp di bawah ini :
Ataupun, jika you ingin membeli direct secara online menggunakan website Shaklee, boleh click  di bawah ini :





Noratini Jaminon 


ID : 1232357 (Azlan Borhan) 


No Tel : 0108227403


Email : ezraazlan@gmail.com


Facebook : Nini Yamino


Instagram Shaklee: @thefairiesstory 




Saya adalah pengedar shaklee Kuching, Sarawak. Juga di sekitar Pontian, Johor. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.




Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di ninibizshop.com put adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.



No comments:

Post a Comment

Labels

Niniyamino.com © . Designed by MaisarahSidi.com