Buat 4 Perkara Yang Ini Kalau Anda Nak Hilang Berat Badan

noratini jaminon | 10/11/2018 10:17:00 pm | 1 Komen

Mana ada wanita yang nak gemuk kan? Secara fitrah, mesti nak tubuh yang langsing, berat badan ideal dan jauh dari masalah 'montel'. Tapi dah macam-macam cara buat nampak tak berkesan tu yang jadi kes redha je. Lagi-lagi kalau pasangan anda tu jenis yang tak kisah tentang berat badan.

Badan size XXL ni bukanlah sebab kuat makan dan tak bersenam dan juga tak berdiet tapi ada sebab faktor genetik juga. Antara sebab- sebab lain adalah :

1.     Suka Bangun Lambat

Lagi melampau dah la bangun lambat, bangun tidur je terus makan dengan tak mandi. Mana la badan naik bagai dipam-pam. Banyak kajian menyatakan mandi awal pagi sebelum subuh buatbtubuh badan bebas dari penyakit kolesterol, malah membantu buang lemak yang bersarang dalam badan yang jadi punca kegemukan.

2.     Tekanan

Stress pun boleh buat makan banyak. Tanpa sedar makan dengan banyak atas tiket alasan lapar. Padahal tengah stress. Setiap jam menguyah je sebab over thinking. Lepas tu tidur pulak. Bila tengok TV ada pulak jajan kan tangan konon nak buat kunyah-kunyah  tapi tu la punca badan naik cepat.

Ingat! Stress bukan hanya penyebab gemuk, tapi boleh buat kurus juga sebab tak jaga makan dan minum. Jadi sila kawal stres anda.

3.     Pengaruh Ubat

Ambil ubat macam-macam pun ada kesannya. Ingat nak kontrol elak anak ramai dan nak cantik tapi dalak masa yang sama ternaik berat badan pula. Cara gemuk ni la paling tak sihat. Ada kajian mengatakan makan pelbagai ubat boleh naikkan selera makan. Tak sedar tau-tau dah gemuk.

SALAH SATU FAKTOR YANG BERKAITAN PRIHAL WANITA ADALAH...

4.     Menopause

Bila masuk fasa menopaus badan tidak akan selincah dulu. Prosea metabolisme tubuh akan lambat dan sistem hormon semakin berubah. Masa ni la nafsu makan akan bertambah dan tubuh mengalami perubahan. Salah satunya bentuk badan semakin 'COMEL'

Pastikan Jaga Cara Pengambilan Makanan

Bukan mudah menyediakan makanan seimbang, sihat untuk badan dan yang penting dapat menghindari penyakit yang memudaratkan. Lebih-lebih lagi pemakanan tak seimbang boleh jadi penyumbang terbesar kepada masalah kegemukan.

Pengambilan makanan yang tinggi kalori lebih dari keperluan badan juga jadi punca masalah ini.

1.     Tolong buang lemak daging dan kulit ayam

Ada orang takut makaj ayam sebab risau banyak sangat lemak. Padahal anda boleh menghindari dengan cara pengolahan yang baik. Antaranya membuang lemak dan kulit ayam sebelum dimasak. Cara merebus dan memanggang juga dapat mengurangkan lemak.

2.     Basuh dahulu buah dan sayur segar sebelum dimakan

Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air yang mengalir bagi mengurangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan kimia berbahaya.

3.     Jangan kedekut (kecil) potong sayur dan buah

Ini akan membuatkan sayur itu cepat masak dan boleh menghilangkan khasiat makanan itu.

4.    Kekalkan khasiat ubi kentabg dan keledek

Khasiat ubi kentang dan keledek akan lebih terjamin apabila anda masak bersama kulit. Pastikan basuh bersih terlebih dahulu sebelum memasaknya.

5.     Pastikan air mendidih dan minyak panas sebelum mengggoreng

Jika anda masak sayuran berdaun hijau dengan minyak atau air yang tidak terlalu panas, ia akan mengubah warna dan bentuk sayuran.

6.     Kurangkan garam, gula dan bahan pengawet

Gunakan bahan semulajadi untuk menambah rasa masakan. Ini lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan-bahan pengawet atau penambah rasa.

7.     Tak payah ulang banyak kali guna minyak masak sama

Minyak masak yang digunakan berulang-ulang menjadikan tahap kelikatan hidrokarbon di dalamnya meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat. Mak-mak kena rancang hidangan bagi memastikan keluarga tersayang sentiasa mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Banyakkan hidangan yang dimasak menggunakan cara seperti panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan yang digoreng.

Jenis Senaman Patut Dibuat

Lari 100m
Jumping jack 20 kali
Squat 20 kali
High knees 20( each side)
Lunges 20 ( each side)

Sila ulang benda yang sama 5 set dan set masa anda.

Haaa... Macam mana akak kita hari ni, dah mulakan diet yang betul? Harap dengan penjagaan pola pemakanan, tidur yang cukup dab betulkan balik perkara di atas akan membantu anda dapat tubuh yang ramping dan sihat cara mudah.

Kredit  : Mingguan Wanita

1 comment:

Labels

Niniyamino.com © . Designed by MaisarahSidi.com