I am back after long holiday 😁

noratini jaminon | 10/03/2018 03:48:00 pm | 0 Komen
Kembali menulis setelah sekian lama 'bercuti'. Hehehe. Alhamdulillah niat nak berblog semula Allah perkenan. Dulu masa zaman UPM rajin berblog. Atas hasutan kawan a.k.a upline lama maka berblog la. Best gak blogging ni sebenarnya. Then stop menulis bila balik kampung. Tau Pontian? Pontian Johor kampung halaman. Lebih spesifik Parit Selangor memang line internet lembap tahap SLOTH. Grrrr. Awak pakai la line apa pun. Memang gitu jela di takuk lama..
1st time jejak kaki di Aeon Kuching 🌹 

Bila pindah ke Kuching keinginan berblog makin membara. Lagi-lagi la bekas side line ku si Ziana Eunos ni 'meracun'. Racun demi racun yang disembur maka terhasil lah kembali penulisan 'syok sendiri' dari jari jemari Sally. Ehh sorry.. Jari jemari Nini ya 😎. Bukan Abang Sally Upin Ipin.

Tau tak nak dapatkan blog ni balik makan duit gak la. Alah tapi bape seng je. Sebab dapat servis thorbaik dari blogger yang namanya Mairasah. And nak dapatkan blog ni, aku pau duit suami sebenarnyaπŸ˜…. Sebenarnya nak sorok-sorok. Segan la mintak duit orang ni walaupun bukan orang lain.

"Nak buat apa duit?"

"Adalahhh" balas aku.

" u macam ni la kan dengan i pun nak rahsia"

Air mata dah bergenang ni. Nak kata segan macam bangang. Nak kata sedih macam ape kebenda ko ni Nini ha!

Dia lebih pada sebak.

Suami hulur note dua puluh. Kat handbag aku ada la dalam RM 100. 00. Jadila dari takde. Hehehe

Cepat-cepat aku peluk incik suami.

 Nangis.

Suami tanya "kenapa nangis? Terharu ke?“

Eh soalan kauuu. Perlu ke tanya. Getus aku dalam hati.
Struggled with babies. Hahaha

Okay tutup cerita drama tadi. Aku pergi bank in, then transfer. SETTLE!

So now menunggu lagi untuk cantikkan HEADER blog biar helok la sikit. And antara sebab aku kembali berblogging ni adalah untuk aktif dalam Shaklee. Sebelum ni fokus pada Sosial Networking semata-mata. Now nak kembangkan lagi. Mana tau usaha yang kecil ni Allah pandang kan. Sesungguhnya seorang Nini bukan jenis mudah menyerah kalah.

Alang-alang ada Diploma biar ada Degree
Alang-alang duduk rumah biar boleh goyang kaki. Hahaha

Goyang kaki ni maksudnya buat kerja la dari rumah. Boleh jaga anak. Boleh layan customer semua.

So please doakan yang terbaik untuk diriku. Mudah-mudah Allah permudahkan jalan-jalanku untuk berniaga.Sahaja aku berniaga kerana Allah Taala. Amin



Hi Assalamualaikum. Nama saya Noratini Jaminon berumur 32 tahun berasal dari Johor dan sekarang menetap ni Kuching Sarawak. Saya seorang Shaklee Independent Distributor Malaysia. Bergerak secara aktif dari tahun 2013 lagi. Untuk anda yang berminat nak dapatkan PRODUK SHAKLEE dan PENDAFTARAN KEAHLIAN boleh whatsapp Nini 0108227403 ☑

No comments:

Post a Comment

Labels

Niniyamino.com © . Designed by MaisarahSidi.com