Youth Skincare Untuk Masalah Whitehead Dan Blackhead

noratini jaminon | 10/17/2018 03:59:00 am | 1 Komen
Nini tau kat luar sana rami yang bermasalah whitehead dan blackhead ni. Ada yang tahap bila picit keluar putih-putih macam nasi dan berbau "cheese"! Memang menyampah kalau ada dua sekawan ni.

Baunya je buat rasa tak selesa. Apatah lagi kita yang tengok ni rasa geli. Hahaha...

So here Skincare yang mampu untuk korang miliki tanpa perlu ragu-ragu mahupun curiga. Lets Cekidaut!






Anda yang ada masalah whitehead dan blackhead yang dah bertahun-tahun lamanya, pernah tak terfikir kenapa whitehead/blackhead kat muka tu susah sangat nak hilang?


So, Nini nak share satu jalan penyelesaian untuk masalah whitehead dan blackhead korang yang inshaaAllah akan hilang. Yang penting rajin dan konsisten!


Punca-punca Terjadinya Whitehead dan Blackhead


Masalah liang pori muka tersumbat adalah punca utama yang menyebabkan whitehead dan blackhead tak pandai hilang.

Apa punca utama liang pori muka tersumbat?


  • Muka cuci tak bersih
  • Pencemaran daripada persekitaran seperti asap kenderaan dan habuk di udara.
  • Penggunaan Skincare yang salah.
  • Make Up/Bedak/Foundation.
  • Peluh dan Kulit muka berminyak.
  • Sel-sel kulit mati yang terkumpul terlalu banyak.


Jadi sekarang kita dah tahu punca whitehead dan blackhead, so apa Set Duo Youth Skincare boleh tolong?

Set DUO Youth Skincare

Terdapat 2 item di dalam Set DUO Youth Skincare ni.


  • Luminous Gel Oil Cleanser (Pencuci Muka)
  • Perfecting Skin Toner (Toner)



Luminous Gel Oil Cleanser




Pencuci muka YOUTH ini adalah pencuci muka 3 dalam 1. Ia tidak berbuih maksudnya tidak mempunyai sabun dan pHnya seimbang.

Kebanyakan pencuci muka yang ada di pasaran mempunyai sabun dan ia adalah salah satu punca pH kulit muka kita jadi tak seimbang. Bila pH tak seimbang, itu yang menyebabkan kulit muka jadi terlalu kering atau menjadi lebih berminyak.

Pencuci muka Youth Skincare ini diperbuat daripada gabungan campuran vitamin yang dipaten*, polifenol (seperti yang ada dalam Vivix Shaklee) serta Alga.

Campuran Vitamin Yang Dipaten – memberikan nutrisi kepada kulit agar menjadi lebih kuat untuk melawan radikal bebas (habuk dan asap pencemaran) yang sangat halus dan kotoran (daripada mekap dan kulit berminyak) yang biasanya menjadi penyebab kulit mudah rosak seterusnya menyebabkan Whitehead dan Blackhead.

Polifenol daripada Muscadine Grape – bertujuan untuk melindungi dan memperbaiki DNA sel-sel kulit muka. Semakin kuat DNA sel kulit muka, semakin susah whitehead nak jadi.

Dalam masa yang sama, ia turut menghalang kerosakan KOLAGEN dan ELASTIN.

Jika kolagen dan elastin di kulit muka musnah dan rosak, kulit kita mudah menjadi tua dan garis-garis halus di muka jadi lebih ketara.

Ekstrak Alga Hijau – berfungsi untuk menyuci, menghaluskan dan melembutkan kulit muka. Jadi tidak hairanlah, selepas menggunakan YOUTH Skincare, kulit muka kakda jadi lembuutt je. Biji kat dalam lapisan kulit pun dah tak rasa lagi dah.


Bahan-bahan Utama YOUTH Skincare

Perfecting Skin Toner 

Toner YOUTH memang istimewa lain daripada yang lain.


Kebanyakan pencuci muka dan toner yang ada dipasaran mungkin boleh bersihkan kotoran tapi tak mampu nak hilangkan sel-sel kulit mati sampai betul-betul bersih tau.

Pakai la make up remover pun, pastu pencuci yang ada buih yang banyak ataupun yang jenis ada pasir-pasir halus tu, tak sama dengan kesan yang kita akan dapat daripada Toner Youth ni.



Perfecting Skin Toner daripada YOUTH SKINCARE ni fungsi dia adalah untuk bebaskan kulit muka kita daripada sel-sel kulit kusam ataupun biasanya kita sebut sebagai sel-sel kulit mati.

Selain tu, ia juga akan pastikan liang pori kita betul-betul bersih daripada kotoran-kotoran lain yang berpunca daripada udara yang kotor, mekap dan kulit berminyak.

Bukan setakat membersih secara luar biasa, malah toner youth ni akan turut menghidrat (mengelakkan kulit menjadi kering) dan membekalkan nutrisi kepada kulit muka kita.

Perfecting Skin Toner Youth ini diperbuat daripada Vital Repair+® (campuran vitamin penting), polifenol daripada Muscadine Grape Extract, Alga Hijau dan bahan-bahan botanikal yang dipaten untuk kulit jadi berseri.

Muscadine Grape dan Alga Hijau juga terdapat di dalam pencuci muka youth ni.

Vital Repair+® – campuran antioksida dan vitamin-vitamin penting yang bertujuan untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Kulit muka yang sihat dan dilindungi oleh khasiat antioksida tidak mudah rosak sekaligus mengelakkan terjadinya blackhead (blackhead terjadi di liang pori yang bersaiz besar yang tersumbat dan menjadi hitam kerana teroksida dengan udara). Campuran antioksida akan mengelakkan terjadinya blackhead.


(TESTIMONIAL YOUTH SKINCARE FULLSET)

Lagi Testimoni Bergambar Youth Skincare Disini.

Kelebihan YOUTH Skincare 

✅ 100% Vegan. Berasaskan Tumbuhan.

✅ 100% wanita yang diuji dibuktikan secara Klinikal mempunyai kulit yang lebih muda selepas menggunakan YOUTH.

✅ 2/3 daripada wanita yang menggunakan YOUTH telah mengubah usia kulit (Skin Age) mereka kepada sedekad lebih muda. (10 years younger!)


✅ Bebas daripada lebih 1500 bahan kimia berbahaya antaranya seperti;
– SLS
– Paraben
– Merkuri
– Peluntur
– Hydroquinone
– Talkum
– Toluene
– Paraffin
– Benzofenon


Siapa yang WAJIB Menggunakan YOUTH?

❤ Mempunyai Jenis Kulit Sensitive
❤ Penting kan produk bebas bahan kimia berbahaya.
❤ Gemarkan produk berasaskan 100% Tumbuhan.
❤ Skincare HALAL.
❤ Selamat untuk semua jenis kulit.



(TESTIMONIAL YOUTH SKINCARE FULLSET)

YOUTH bantu atasi masalah ini:

❤ Masalah Jeragat Degil (Berpuluh tahun)
❤ Jerawat
❤ Whitehead & Blackhead
❤ Tona tidak sekata
❤ Kulit kusam, kerind dan tua
❤ Kulit kendur (sagging)
❤ Kulit tidak anjal

Pertanyaan/Order
Set Basic DUO Youth Skincare ini berharga RM393.75, tahan 5 hingga ke 6 bulan. Which is cost sebulan sekitar RM65 sahaja. Sangat jimat dah untuk produk yang terbukti berkesan untuk mengurangkan whitehead dan blakchead, bebas lebih daripada 1500 bahan kimia berbahaya dan clinically tested.

Beli Youth Set Duo secara Online atau klik di sini

Nini Yamino | 010-8227403 
Pengedar Sah Shaklee Sejak 2013
(Pengguna Fullset YOUTH SKINCARE Sejak Ogos 2018)

1 comment:

Labels

Niniyamino.com © . Designed by MaisarahSidi.com