Tips Tambahkan Susu Badan Dengan Cepat

Unknown | 12/14/2018 07:44:00 pm | 0 Komen

Tips Tambahkan Susu Badan Dengan Cepat

Ibu mana yang tak nak susukan anaknya. Dan siapa je yang tak nak kalau ada cara mudah tambahkan susu  badan dengan cepat dan tanpa keluar banyak duit!

Siapa yang bergelar ibu menyusu mesti sangat suka bila ada orang kongsi tips membanyakkan susu ibu. Dalam fikiran sentiasa nak cari maklumat bagi memastikan bekalan susu ibu cukup untuk si manja. Bimbangnya kalau susu berkurangan. Sudahnya ramai ibu yang terjebak mencuba pelbagai ‘milkbooster’ yang ada di pasaran.

Tapi pada Nini lah tak salah kita cuba 'milk booster' ni. As long as ianya tidak berlebihan dan tak memberi mudharat kepada bayi dan ibu. 

Boleh cuba makan yang menambahkan susu badan. Contohnya, Halba, Lobak Putih, Kurma dan lain-lain. 

Nini memang sangat menyokong ibu-ibu untuk menyusukan bayi. Bagusnya susu badan ni adalah susu badan berfungsi menambahkan berat badan bayi. 

Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam facebook beliau sangat berguna untuk panduan kepada yang baru bergelar ibu. Semoga bermanfaat!

Ramai yang bertanyakan kepada saya tips tambahkan susu ibu. Bagi saya cara terbaik untuk tambahkan  susu ibu dengan cepat ialah dengan mengetahui teknik berasaskan fisiologi bagaimana susu ibu dikeluarkan.

Kebanyakan suplemen hanya dapat membantu, tetapi bukanlah satu kemestian dapat memperbanyakkan susu.

Secara mudah ingatlah tiga B dalam teknik penyusuan susu ibu, iaitu breast (payudara), bayi (baby), dan otak (brain).

Untuk meningkatkan bekalan susu, payudara memerlukan lebih banyak rangsangan (berbentuk isapan) daripada bayi dan ini kan menggalakkan otak mengeluarkan hormon yang menggalakkan pengeluaran susu.

TIPS MENAMBAHKAN SUSU BADAN DENGAN CEPAT


KERAP BERIKAN SUSU PADA BAYI SEJAK MULA DILAHIRKAN

Menyusukan bayi sekurang-kurangnya setiap dua jam pada siang hari untuk membantu meningkatkan bekalan susu. Jika bayi kita telah tidur melebihi dua jam, bangunkan dia untuk diberi susu.

Di waktu malam, berikan susu sekurang-kurangnya sekali di tengah malam, terutama jika bayi kita telah tidur lebih daripada empat atau lima jam pada waktu malam.

Memberikan susu dengan kerap akan merangsangkan otak mengeluarkan hormon oxytocin. Hormon yang rendah akan mengurangkan pengeluaran susu.

Untuk mendapatkan bekalan susu ibu berterusan, perlu berikan susu ibu pada bayi supaya hisapan puting akan merangsangkan pengeluaran hormon berterusan, seterusnya susu yang banyak dan berterusan.

MEMBERIKAN SUSU DENGAN MASA YANG LEBIH LAMA


Salah satu cara untuk meningkatkan bekalan susu ialah dengan tidak menghadkan tempoh penyusuan bayi kita. Maknanya kita akan berikan susu selama bayi menghendakinya.

Jika dalam tempuh itu, susu sudah tiada lagi dan bayi masih mengisapnya, biarkan dulu. Ini Isapanpada puting akan merangsangkan otak kita mengeluarkan hormon oxytocin, untuk memberitahu bahawa payudara yang kosong harus diisi semula.

Selain itu susu yang keluar di akhir penyusuan itu selalunya mengandungi lemak yang banyak, berbanding dengan susu yang dikeluarkan pada peringkat permulaan.

Pada peringkat permulaan, susu badan mengandungi lebih banyak air dan kurang lemak, berbanding dengan susu yang dikeluarkan pada peringkat akhir yang banyak lemak, lebih pekat dan kurang air.
Susu yang banyak air akan membuatkan bayi berasa kenyang tetapi susu yang banyak lemak akan membuatkan bayi cepat membesar.

Jadi berikan susu pada sebelah payudara sehingga ia benar-benar kosong sebelum beralih ke sebelah yang lain.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

No comments:

Post a Comment

Labels

Niniyamino.com © . Designed by MaisarahSidi.com